Dari Uqbah Bin Amir : Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa menggantungkan diri kepada tangkal, maka Allah tidak menyempurnakan imannya dan barangsiapa yang menggantungkan dirinya kepada azimat, maka Allah tidak akan mempercayakan kepadanya." ( Riwayat Ahmad )
1 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ
Wafak-wafak seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga.

2 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ
Wafak-wafak seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga

3 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ
Huruf yang kelihatan macam kaligraphy ayat-ayat Al-Quran atau nama-nama Allah, tetapi isinya ternyata bukan.

4 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ
Wafaq yang dinamakan tapak Rasulullah SAW yang digunakan sebagai pelindung. Ramai yang menyimpannya di dalam kereta, atau dalam beg dan sebagainya.

5 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ
Mantera seperti Mentera Gajamada ini yang tidak difahami bahasanya, diulang-ulang dengan harapan mendapat perlindungan kuasa ghaib. Ini jelas perkara yang syirik kepada Allah SWT.

Kalau ada sesiapa menyimpan atau tersimpan objek - objek di atas sila buangkannya secepat mungkin , kerana mampu mengundang kemurkaan Allah.
Satu - satunya dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah ialah dosa syirik , marilah kita sama - sama menjauhkan diri kita dari dosa - dosa itu.
Wallahu'alam
Kalau gambar wafaq lain boleh ke? Ataupun gambar wafaq ni je?
BalasPadam