ATSAR NABI SAW

Khamis, 13 Mei 2010

PENYANYI TERKENAL INDIA MASUK ISLAM

“DI BOLLYWOOD bila menjadi popular dan dapat hidup mewah, ramai menu­kar nama Islam menjadi Hindu. Tapi saya sebaliknya, dulu Dileep Kumar kini menjadi Allah Rakha Rahman... saya bangga!"Itu kata seorang pemuzik terkenal India, yang lebih dikenali sebagai A.R Rahman. Mungkin namanya kurang dikenali di Malaysia, tetapi ramai, khususnya peminat filem Hindi pernah mendengar muzik ciptaannya dalam 1992, Dil Se, Taal, Swades, Chazyya Chaiyya, Rang de Basanti dan terbaru, Slumdog Millionaire yang memenangi lapan kategori Anugerah Akademi, baru-baru ini.
Muzik A.R Rahman ternyata lebih dikenali berbanding orangnya. Teta­pi Rahman mempunyai kisah yang menarik; sama ada perjalanan hidupnya yang kehilangan bapa pada usia Sembi­lan tahun, atau pencarian kerohaniannya sehingga menemui Islam, setelah dewasa.
Sebagai seorang anak lelaki yang kehilangan ayah, Dileep mula memi­kal tanggungjawab menyara keluarga ketika berusia 11 tahun. Dia menyertai kumpulan Illaiyaraja, sebagai pemain keyboard. Pembabitannya dalam dunia muzik pada usia sebegitu muda menjadikan­ nya lebih cepat matang, selain mendedahkannya kepada dunia pemuzik sebenar, yang penuh dengan tabiat buruk; merokok, pemabuk dan mengambil dadah.
Jauh di sudut hati Dileep yang masih muda, dia dapat berasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dunia muzik yang begitu `kotor'. Adakah pemuzik yang baik mesti menghisap rokok, minum arak dan mengambil dadah untuk mendapat ilham mencipta lagu? Dan hatinya Bering tertanya-tanya, "Inikah gaga hidup orang muzik?"
Dalam pergaulannya dengan ramai pemuzik, hanya seorang saja yang mem­berikan interpretasi berbeza kepada dunia muzik, iaitu Illaiyaraja. Pemuzik yang dihormati ini tidak mempunyai tabiat buruk, tetapi telah menghasil­kan lagu-lagu yang hebat ketika itu. Dan lelaki itulah yang banyak memberi inspirasi kepada Dileep untuk menjadi pemuzik yang baik; tanpa rokok, arak dan dadah.
Sebagai anak muda yang mengamati persekitaran dan berfikir panjang, Dileep terselamat daripada pengaruh-pengarah negatif di sekelilingnya. Namun ada ketikanya jiwanya terasa kosong, dan hatinya gelisah. Ada sesuatu yang dica­rinya, adakah itu Tuhan?
Asalnya, Dileep tidak mempercayai Tuhan, kemudian menjadi penyembah berhala, tetapi semuanya serba tidak kena di dalam jiwanya. Ketika usia menginjak remaja, Dileep mula berfikir bahawa dunia ini tidak mungkin akan berjalan dengan sendirinya tanpa Penciptanya. Kemudian hatinya bertanya lagi, tentunya Pencipta itu satu kuasa yang besan.. Tuhan yang satu. Namun bagaimana ia harus bermula?
Kemudian pada 1988, ketika mengadakan konsert di Malaysia, Dileep bermimpi didatangi seorang lelaki tua berjubah putih mengajaknya memeluk Islam. Apabila terjaga, Dileep menganggap ia hanyalah satu mainan tidur dan tidak ambil pusing langsung. Mimpi itu pun dilupakan begitu saja.
Tetapi mimpi yang sama datang lagi di dalam tidur Dileep, bukan sekali, tapi hampir setiap malam setelah kembalin­ya ke India; dia diseru supaya meme­luk Islam. Hati Dileep mula gelisah, perasaannya tidak tenteram sewaktu mencari jawapan. Mesej apakah yang ingin disampaikan oleh mimpi itu.
Mimpi itu diceritakan kepada emak­nya untuk mendapatkan pandangan daripada orang yang lebih berpengala­man. Walaupun tidak mengerti maksud sebenar mimpi itu, emaknya hanya mampu memberi galakan kepada Dileep supaya menyambut seruan untuk meme­luk Islam.

Pada masa yang sama Dileep juga bergelut dengan masalah keluarga apa­bila salah seorang kakaknya jatuh sakit. Kebimbangan menghantui seisi keluarga apabila melihat tahap kesihatan orang tersayang semakin merosot seolah-olah tidak ada harapan lagi untuk sembuh.
Masih jelas di dalam ingatan bagaimana ayahnya, R.K Shekhar menanggung derita sehingga ke akhir hayat. Keadaan yang sama juga dialami oleh kakaknya. Pelbagai usaha dilaku­kan untuk menyembuhkan kakaknya, termasuklah memanggil paderi dan sami Hindu untuk berdoa. Namun semuanya tidak mem­buahkan hasil. Keluarga Dileep hampir kecewa untuk melihat kakaknya sembuh seperti sedia kala.
Dalam kekalutan itu, akhirnya Dileep diperte­mukan dengan seorang alim, Syeikh Abdul Qadir Jeelani atau Pir Qadri, yang cukup terkenal di kalangan penganut agama Islam di India. Seingat Dileep, keluarganya pernah bertemu Pit Qadri semasa ayahnya terlantar sakit. Dengan doa dan kaedah perubatan yang diamal­kan Pit, kakak Dileep berjaya disembuh­kan sepenuhnya.
Ketika bertemu dengan Pir Qadri, Dileep teringat mimpinya yang didatangi lelaki tua berjubah, mengajaknya meme­luk Islam. Lelaki di dalam mimpinya itu persis wajah Pir Qadri. Peristiwa itu akhirnya menjadi dorongan kepada Dileep dan keluarganya memeluk Islam.
Apa pun, pengalaman daripada per­jalanan hidup banyak mengajar Dileep/ Rahman, sehingga dia dan seluruh kelu­arganya memilih Islam. Kenangan ber­sama ayah adalah pendorong kuatnya
memeluk Islam, malah kehilanganya juga membuat dia berfikir bahawa hidup ini bukan ditentukan mengikut kehendak seseorang. Dia dapat mera­sakan bahawa ada suatu kuasa yang besar mengatur semua itu, cuma dia tidak tabu apa, atau siapa.
Jawapannya hanya ditemui apabila dia memeluk Islam. Jiwanya merasai ketenangan yang tidak pernah ditemui sebelum. ini. Dan bersama Islam juga dia berjaya menghilangkan perasaan inferiority complex di dalam dirinya. Rahman merasakan dirinya bagai dila­hirkan semula.
Malah bukan itu saja, kerjayanya pun berubah mendadak, dan rezekinya melimpah-ruah. Pada 1989, Rahman berjaya memiliki studio sendiri yang mempunyai kelengkapan paling cang­gih di Asia. Dia juga berjaya mencipta kekayaan dengan penjualan album dari­pada filem dan mencipta lagu.
Namun kekayaan yang melimpah­ruah tidak pernah menutup mata Rahman daripada melihat keindahan Islam, malah mendekatkan dirinya kepada Tuhan. "Bila kita dikelilingi kemewahan, duit dan populariti, kemungkinan untuk menjadi lupa diri amat mudah. Hanya kepercayaan dan keimanan yang mampu menjaga kita," katanya.
Hari ini, setelah 20 tahun meme­luk Islam, Rahman mengecapi segala ketenangan di dalam hidup melalui jalan yang ditunjukkan oleh Islam. Rahman mengaku solat banyak membantunya menghilangkan tekanan dan memberi ketenangan, harapan dan keyakinan bahawa Tuhan sentiasa bersamanya. Dan semua itu bukan saja mengingatkannya tentang dunia, tetapi juga hari akhirat. Justeru, dia tidak tinggal sembahyang walaupun terpaksa bergelut dengan kesi­bukan bekeja.
Rahman sentiasa mengingati saat susah yang pernah dilalui keluarganya sebagaimana, dia mengingati saat mains di dalam hidupnya. Dengan tenang dia menerima semua itu sebagai ketentuan Tuhan. Itulah yang memberinya kekua­tan dan inspirasi, untuk terus mencipta lagu
Kejayaan A.R. Rahman dalam bidang muzik bermula dengan muzik dalam filem pertamanya, Roja 1992. Selain itu, dalam filem filem popular seperti Dil Se, Taal, Swades, Chaiyya Chaiyya, Rang de Basanti dan banyak lagi. Album soundtrack filem Padayappa dan Taal terjual 1.2 juta keeping kerana lagu lagu hebat ciptaannya.
A.R. Rahman juga mencipta muzik untuk filem filem diluar seperti filem Mandarin, Warriors of Heaven and Earth 2003. Terbaru, muzik ciptaanya dalam filem Slumdog Millionare memenangi kategori Skor Terbaik dan Lagu Asli Terbaik. Filem tersebut juga mendapat anugerah Filem Terbaik Anugerah Akademi ke 81.
Dengan kejayaan kejayaan ini memang layaklah kalau A.R. Rahman digelar Mozart Madras
Al Islam April 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan